Friday, 11 September 2026

KEGUNAAN UBAT GTN

 
Kegunaan ubat GTN. Nama GTN adalah kependekan kepada Glyceryl Trinitrate. Ia juga dikenali nitroglycerin ialah ubat yang diletakkan di bawah lidah untuk melegakan sakit dada (angina) akibat masalah jantung dengan cepat.  

Fungsi GTN adalah untuk meluaskan saluran darah supaya darah dan oksigen dapat mengalir ke jantung dengan lebih lancar.

Ia bertujuan untuk Melegakan sakit dada atau rasa ketat di dada (angina) dengan segera. Dapat mencegah sakit dada jika diambil 5 minit sebelum melakukan aktiviti fizikal atau senaman.

Cara penggunaan yang betul ialah meletakkan di bawah lidah. Ambil sebiji dan biarkan ia mencair di bawah lidah. Jangan telan atau kunyah. Rasa pedas, hangat, atau mencucuk di bawah lidah menandakan ubat sedang bertindak.

Jika masih sakit selepas 5 minit, ambil biji kedua secara sama dan tunggu 5 minit. Jika masih sakit selepas 5 minit untuk dos kedua, ambil biji ketiga dan segera ke jabatan kecemasan hospital.

Ubat ini boleh menyebabkan tekanan darah turun dan kepala terasa pening. Bangun secara perlahan dari posisi duduk atau baring.  

Jangan ambil bersama ubat rawatan mati pucuk (seperti sildenafil atau tadalafil) atau alkohol kerana ia boleh menyebabkan penurunan tekanan darah yang berbahaya.

No comments:

Post a Comment