Wednesday, 26 August 2026

EKOPELANCONGAN KAMPUNG SUNGAI MELAYU

 
Ekopelancongan Kampung Sungai Melay. Satu lagi produk ekopelancongan di Johor diberi nafas baharu. Ekopelancongan Kampung Sungai Melayu di Iskandar Puteri yang dibangunkan menawarkan pengalaman lebih selesa dan menarik kepada pengunjung.

Ia bukan sahaja melalui aktiviti menyusuri sungai, malah turut dilengkapi Laman Budaya, kiosk jualan, kawasan jeti, kemudahan parkir serta perkhidmatan buggy, sambil mengekalkan keunikan alam semula jadi dan kehidupan komuniti setempat.

Bagi yang ingin meneroka keindahan Sungai Melayu dengan lebih dekat, pengunjung boleh memilih sama ada Boat Tour menggunakan bot kecil atau River Cruise menggunakan bot besar.

Operasi dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang dan ditutup setiap hari Jumaat.

Penyediaan kemudahan itu membawa potensi besar Kampung Sungai Melayu sebagai antara destinasi ekopelancongan pilihan di Johor.


No comments:

Post a Comment