Wednesday 9 October 2024

MERIAM LAMA TELUK INTAN

 
Di hadapan Pejabat Daerah Dan Tanah Hilir Perak, terdapat dua laras meriam lama. Meriam yang besar sikit ni dipanggil meriam jantan. Yang belakangnya lebih panjang serta kecil sikit dipanggil meriam betina. Keberadaan kedua-dua laras meriam lama itu pasti menarik mata untuk memandangnya.
 
Berdasarkan kepada catatan pengkaji sejarah, Iskadar Zulqarnain, meriam ini diambil dari Kampung Terengganu, Teluk Intan.
 
Meriam ini telah dijumpai oleh Wan Ali bin Wan Sulaiman pada tahun 1953 ketika sedang menggali dikebunnya yang berada kira-kira 60 ela dari makam Sultan Abdullah Muhammad Shah di Kampung Terengganu. Beliau turut menemui beberapa biji peluru meriam.
 
Selepas dijumpai, pegawai Muzium Singapura yang ditunjukkan gambar meriam ini memberitahu bahawa ia mungkin dibuat di Britain untuk kegunaan tentera Britain ataupun tentera India. Bagaimanapun, tidak pasti bila meriam tersebut dibawa ke Perak. 

No comments:

Post a Comment