Monday 23 September 2024

PEMIMPIN PAS PERTAHANKAN ANWAR IBRAHIM

 
Pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (Pas) seperti Datuk Fadzil Noor merupakan antara individu yang mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Menurut catatan anak Fadzil di Facebook, Muhammad Faiz Fadzil, Fadzil selalu berkongsi cerita kezaliman terhadap Anwar di rumah dan hampir setiap malam beliau berceramah menjelaskan kepada rakyat akan kezaliman kerajaan terhadap Anwar.
 
Fadzil adalah pemimpin pertama pembangkang ketika itu hadir mempertahankan Anwar. Beliau Ijuga tidak pernah jemu mengunjungi Anwar ketika prosiding mahkamah berlangsung.
 
Bekas Presiden Pas itu menubuhkan Gerak sebagai langkah pertama menggerakkan gerakan rakyat membela Anwar yang kemudiannya menjadikan Pas mula diterima rakyat pelbagai lapisan sehingga menjadi parti politik yang kuat dan menang 27 kerusi parlimen dalam PRU 1999.
 
Fadzil kemudian dilantik ketua pembangkang di Parlimen selepas PRU 1999 ekoran kekalahan Lim Kit Siang.
 
Anwar dibebaskan dalam kes pertama tanpa sebarang sabitan oleh Mahkamah Persekutuan. Manakala bagi kes kedua, pengampunan penuh diraja telah diberikan yang menjadikan semua rekod sabitan kes kedua dibersihkan.
 
Maka, daripada sudut undang-undang, Anwar “tiada rekod” kesalahan bagi kedua-dua kes tersebut.
 
Ketika pemimpin Pas mempertahankan Anwar, pelbagai nas dan dalil dibaca bagi mengukuhkan hujah kezaliman tersebut. Namun, kini Pas seperti biasa mencari fatwa baru pula dengan mengubah fatwa lama. Itulah sikap Pas yang mahir menggunakan fatwa demi keuntungan politik.

No comments:

Post a Comment