Sunday, 28 May 2023

JANGAN MUDAH MENYERAH KALAH DALAM PERJUANGAN

 
Dalam hidup ini tidak ada perkara mudah. Ada sahaja foktor atau punca yang menghalang. Kalau hendak berjaya, kena lepasi halangan itu. Paling bijak jika dapat elak halangan di hadapan.
 
Ingat kalau sudah mula, habiskan sehingga berjaya atau selesai. Kalau letih, rehat dahulu dan ambil balik tenaga. Bukannya berhenti. Selagi ada nafas selagi itulah kita diberi peluang untuk berubah. Kembali bangkit, bukannya terus rebah.

Memang cabaran besar sesiapa menceburi bidang perniagaan. Berniaga bukanlah mudah, sebab tu ada yang buat separuh jalan sahaja. Semangat orang berniaga ada masanya naik ada masanya turun.
 
Bila rasa semangat sudah turun, cepat-cepatlah cari balik kekuatan untuk terus bangkit! Jangan hanyutkan bisnes sendiri hanya disebabkan rasa malas dan down.
 
Semoga yang berniaga diberkati dan diberikan rezeki yang melimpah ruah.  

No comments:

Post a Comment