Ada cara mengenali daging babi untuk elak
tertukar dengan daging lembu atau kerbau. Orang Islam perlu ambil berat soal
ini agar tidak tertipu dan termakan daging haram. Terdapat panduan atau cara mengenali
daging babi.
Warna
Jika dilihat, daging babi mempunyai warna
yang lebih pucat dari daging lembu. Warna daging babi seolah-olah seperti warna
daging ayam iaitu merah pucat.
Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi
biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian
ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air.
Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan
daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.
Serat daging
Perbezaan kelihatan dengan jelas antara
kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan
garis-garis seratnya kelihatan jelas.
Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang.
Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama.
Lemak yang kelihatan
Perbezaan terdapat pada peringkat
keanjalannya. Daging babi mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara
lemak lembu lebih kaku dan berbentuk.
Selain itu lemak daging babi sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya
sementara lemak daging agak kering dan kelihatan berserat.
Namun kita harus berhati-hati pula bahawa pada bahagian tertentu seperti buah
pinggang, lemak babi kelihatan hampir serupa dengan lemak lembu.
Tekstur
Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih
kaku dan padat berbanding dengan daging babi yang lembik dan mudah
diregangkan.
Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa
perbezaan yang nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging babi lebih
kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras
sehingga cukup sukar untuk diregangkan
Aroma
Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya.
Daging babi mempunyai aroma khas tersendiri, sementara aroma daging lembu
adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui. Daging babi mempunyai bau yang
meloyakan tekak dan sukar diterima.
Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara
kedua-dua daging ini. Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara
keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan.
Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini memerlukan latihan
yang berulang-ulang kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.
Umum
Namun ketika kedua-dua jenis daging
tersebut telah dicampurkan, apatah lagi setelah disebatikan dengan darah lembu,
kedua-duanya (daging babi dan lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan.
No comments:
Post a Comment