Tuesday, 6 December 2022

MANFAAT SIPUT GONDANG EMAS

 
Siput gondang emas mudah membiak. Jika dibiarkan tanpa kawalan, ia menjadi musuh utama kepada pesawah padi. Pokok padi yang sedang membesar menjadi serangan utama siput gondang emas sehingga merosakkan pokok padi.

Salah satu cara mengawal siput gondang emas ialah jadikan ia sebagai bahan makanan. Jika dikutip untuk dijadikan makanan, bilangannya boleh dikurangkan. Dua kebaikan diperoleh serentak iaitu dapat dijadikan sumber makanan dan mengawal bilangannya untuk mengekal ia merosakkan padi.

Bagi golongan lelaki yang mengalami masalah tenaga batin dan lesu, siput ini mampu menguatkan tenaga batin orang lelaki dan kebiasaannya siput ini disediakan dalam masakan gulai kuning.

Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. 

Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. 

Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari. Gunakan ibu jari tadi untuk menekan buasir sehingga masuk.

Sebenarnya siput gondang ada penggemarnya. Biasanya ia dimasak gulai kuning. Isinya dicungkil atau disedut untuk mendapatkan isinya. Isi siput gondang agak kenyal, tetapi sedap.

Isi siput gondang kaya dengan kandungan mineral seperti kalsium, fosforus dan magnesium, selain sebagai sumber protin.

Macam-macam cara boleh dimasak siput gondang emas, tetapi yang biasanya gulai kuning. Ada juga yang merebusnya dengan halia atau goreng kering dengan cili kering.

Ada juga yang buat macam cucuk sate dan dibakar di atas bara api. Atau boleh juga dibuat macam membakar kerang atau lokan.

Dengan kata lain, ikut kreativiti dan kesesuaian masing-masing. Isi siput gondang emas sedap dan berkhasiat.

Peminat siput gondang emas, yang tahu kesedapan dan khasiatnya, sanggup membeli dengan harga melebihi RM10 satu kilogram. Dengan kata lain, bagi yang tinggal di kawasan sawah yang ada siput gondang emas, boleh dijadikan sumber pendapatan tambahan.

Apa yang penting perlu usaha dan tahu cara pemasarannya. Sekarang ini dunia internet memudahkan pemasaran secara dalam talian.

No comments:

Post a Comment