Ingatlah firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan
boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik bagi kamu. Dan boleh jadi
kamu sukakan sesuatu sedangkan itu adalah keburukan bagi kamu. Allah itu lebih
mengetahui dan kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)
Awasilah sifat benci yang boleh mendorong
kita berlaku zalim kepada orang lain juga menjadi penyebab kita tidak berlaku
adil terhadap mereka.
Firman Allah surah al-Maidah ayat 8 yang
bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa
menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan
kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu
mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil
(kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan
bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam
akan apa yang kamu lakukan.”
Kata Abu Hurairah: “Cintailah orang yang
kamu cintai sekadarnya. Boleh jadi orang yang sekarang kamu cintai suatu hari
nanti menjadi orang yang kamu benci. Dan bencilah orang yang kamu benci
sekadarnya, boleh jadi suatu hari nanti dia menjadi orang yang kamu cintai.”
(Sunan Tirmizi No: 1997)
Hasan Bashri berkata, “Hendaknya kalian
mencintai jangan berlebihan dan membenci tidak berlebihan. Telah ada
orang-orang yang berlebihan dalam mencintai satu kaum akhirnya binasa. Ada pula
yang berlebihan dalam membenci satu kaum dan mereka pun binasa.”
Jika seseorang berlebihan dalam membenci
lawannya, mungkin suatu masa nanti hubungan mereka menjadi baik maka mereka
akan malu untuk menjadi sahabat dan kawan kerana merasa malu disebabkan
berlebihan dalam membencinya sebelum ini. Kebencian berlebihan juga boleh
membinasakan.
Berpadalah dalam mengasihi dan membenci
seseorang dengan menjaga dan memberi hak mereka sepatutnya. Tidak mustahil,
satu ketika nanti, akibat terdesak kita terpaksa datang merayu memohon
pertolongan dengan orang yang kita sangat benci.
Gambar sekadar hiasan
No comments:
Post a Comment