Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK)
bersama kumpulan berbasikal dari Kelantan merentas sempadan antarabangsa menuju
ke Pattani dan Yala, Selatan Thailand.
Selain melakukan kayuhan dan riadah, misi
mereka adalah untuk menyampaikan sebanyak 170 naskah al-Quran kepada Masjid
Nurul Mustakin Kampung Mayo, Pattani dan empat buah pondok berdekatan.
Al-Quran yang diserahkan itu adalah melalui
Program Wakaf Al-Quran yang dikendalikan oleh Restoran Sri Kandar, Jalan Pantai
Cahaya Bulan, Kota Bharu.
Turut dibawa sama untuk diserahkan ialah
sejumlah kain tudung wanita. Selain itu sedikit sumbangan berupa wang hasil derma
ahli PCAK dan kutipan daripada peserta rombongan kayuhan basikal.
No comments:
Post a Comment