Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) dan Bank
Makanan Asnaf (Asnaf Food Bank) mengadakan agihan keperluan asas (beg biru)
kepada sebanyak 40 keluarga mualaf di Tanah Merah.
Bantuan tersebut biarpun kecil, namum
diharapkan dapat membantu meringankan beban hidup yang terpaksa dihadapi pada
saat sukar ini.
Mualaf sewajarnya disantuni seadanya.
Mereka golongan terpilih mendapat hidayah meninggalkan agama asal. Membina
kehidupan baharu dengan penuh keyakinan bahawa Islam adalah jalan kehidupan
yang sebaik-baiknya.
Terima kasih kepada penyumbang. Semoga Allah
melimpahkan rezeki seluas-luasnya dan terus menjadi sebahagian yang menyumbang
kepada PCAK mahupun Bank Makanan Asnaf.
No comments:
Post a Comment