Sunday, 17 July 2022

MAKSUD ‘JEMEROK’ DIALEK KELANTAN

 
Perkataan ‘jemerok’ dialek Kelantan digunakan untuk menyatakan berkenaan peristiwa atau kejadian yang berlaku serentak, sama ada dalam masa sehari atau seminggu yang menyebabkan sukar untuk disertai, dihadiri, ikut serta atau menyebabkan keadaan ‘kelam kabut’.

Perkataan jemerok biasa digunakan pada musim kenduri kendara yang mana ia diadakan pada hari yang sama sehingga menyebabkan mereka yang terlibat tidak dapat hadir atau turut serta, atau terpaksa pergi ke tempat kenduri secara berturut-turut dalam hari yang sama.  

Istilah jemerok digunakan oleh orang yang dijemput untuk menyertainya sebagai satu pemberitahuan bahawa dia tidak dapat hadir atau lewat hadir atau menggambarkan situasi yang dia alami berkaitan peristiwa tersebut.

No comments:

Post a Comment