Siapa
wanita ini? Kalau hendak dikata ‘ahlong’ rasanya bukan, kerana ‘ahlong’ biasa
lelaki. Kalau dikatakan pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pun rasanya
bukan kerana rumah dilawati itu bukan milik golongan jutawan.
Itulah
ahli Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan(PCAK) yang membuat lawatan ke rumah asnaf.
Mana-mana asnaf yang pernah mendapat bantuan atau sumbangan dari PCAK akan sentiasa
disantuni untuk mengetahui perkembangan terkini.
Tidak
kisahlah di mana tempat tinggal asnaf itu, selagi terjangkau dengan langkah,
mereka akan disantuni seadanya.
PCAK
merupakan NGO kebajikan yang berusaha membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan
lebih banyak sumbangan daripada orang ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat
dibantu.
Untuk
maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton
Daud di talian 011-1941-3639.
Pihak
yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084
(MBSB).
Pertubuhan
Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan:
PPM-006-03-30032021
No comments:
Post a Comment