Kelantan
memiliki bentuk muka bumi yang sangat indah dan cantik, bukit dan air terjun
yang cantik, pesisir pantai yang indah cantik dan kesemuanya itu untuk
dinikmati oleh rakyat.
Pantai
ini adalah aset. Pantai ini juga merupakan sumber ekonomi, sumber keluarga untuk
rekreasi, tempat ketenangan dan keharmonian yang seharusnya dijaga dengan
begitu baik oleh semua pihak khususnya masyarakat setempat.
Kebersihan
merupakan maruah. Maruah dalam merubah pemikiran dan sikap masyarakat kita
daripada kotor kepada suka kepada kebersihan.
Mencaknakan
apa-apa yang ada di persekitaran kita sebagaimana yang diajar oleh agama Islam.
Pemimpin-pemimpin
masyarakat seharusnya memimpin masyarakat untuk merubah paradigma daripada
pengotor kepada pembersih dan seharusnya penduduk setempat sepatutnya memenuhi
program-program menjaga kebersihan.
Ia
merupakan mesej untuk disampaikan kepada rakyat seterusnya mempromosikan bahawa
kita sedang melakukan satu perubahan besar iaitu mengubah pemikiran masyarakat
daripada kotor kepada bersih.
Pemimpin
menjadi agen untuk promosikan kebaikan. Seluruh pemimpin bersama pihak kerajaan
mesti dan bertanggungjawab untuk menjadikan Kelantan suatu hari nanti sebuah
negeri yang paling bersih d Malaysia dan ini memerlukan komitmen semua pihak.
No comments:
Post a Comment