Thursday, 14 October 2021

VAKSIN SELAMAT, BUKAN PERKARA BAHARU

 
Amalan vaksinasi bukan perkara baharu. Sudah lebih seabad diperkenalkan untuk pelbagai jenis wabak. Vaksin sudah terbukti selamat.

Masa dulu, setiap kanak-kanak di Malaysia juga diwajibkan menerima dos vaksin BCG semasa dilahir atau di sekolah untuk mengelak penyakit TB.

Untuk vaksin Covid-19, sudah lebih 6.6 bilion dos vaksin diberikan di seluruh dunia.

Setakat ini, sebanyak 46.2 juta dos selesai diberi di Malaysia.

Sebab itu, tidak wajar untuk tolak vaksin Covid-19.

Lindung diri, lindung semua agar kita sama-sama pulihkan ekonomi dan kehidupan kita.

No comments:

Post a Comment