Wednesday, 29 September 2021

BUAH NIPAH KERAS BERSEGI

 
Ini gambar buah nipah. Tidak banyak yang mengenali buah ini kerana ia tidak dijual di pasar. Kalau ada pun dijual adalah isu buah yang telah diproses atau dikopek.

Nipah adalah sejenis tumbuhan palma yang tumbuh di kawasan pesisiran sungai yang mudah dilimpahi air pasang yang sering bertemu dengan air tawar di mana keadaan kemasinannya adalah rendah.

Pohon nipah mempunyai batang berpelepah yang terdiri daripada helaian daun panjang bebentuk rosette di hujung dahan. Nipah mengeluarkan sejenis mayang yang besar berwarna kekuningan. 

Buahnya adalah keras bersegi, tersusun rapat membentuk satu cluster yang berbentuk bulat. 

Isi buah nipah boleh dimakan. Untuk mendapat isi buah nipah, buahnya kena pilih betul-betul. Kalau buah tua ia keras dan kalau muda sangat tiada isi.

Hendak kopek isi nipah agak cerewet sikit. Kena belah buah satu-satu, setandan buah nipah ada 60 biji hingga 70 biji.

Selepas isi dikopek, ia perlu direndam di dalam air gula selama sejam bagi memastikan isi terus segar dan enak dimakan. 

No comments:

Post a Comment