Bidang
pertanian dan penternakan yang diusahakan secara bersepadu dan teratur mampu
memberi pulangan yang lumayan.
Bidang
pertanian bukan kerja kampung atau hanya untuk mereka berpendidikan rendah.
Sebaliknya,
untuk maju dalam bidang pertanian memerlukan pengurusan yang baik, selain
ketekunan dan modal.
Ini
dibuktikan oleh Mohd Fakuruddin Hamid, pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia yang mengusahakan Faquru Agro Farm di
Kuala Krai.
Yakin
dengan potensi besar bidang pertanian dan penternakan, beliau bermula secara
kecil-kecilan dan terus berkembang.
Antara
yang diusahakan ialah penternakan biri-biri, kambing, lembu, ikan tilapia dan
kebun buah-buahan.
Untuk
mengurangkan kos makanan haiwan daripada bergantung sepenuhnya dengan dedak yang
dibeli, beliau memperuntukan kawasan untuk ditanam rumput napier dan rumput
minyak.
No comments:
Post a Comment