Monday, 28 December 2020

APAKAH DEFINISI MAKSUD JUS SOLI

Apa maksud atau definisi jus soli? Jus soli adalah dari bahasa Latin bagi "hak untuk kawasan" atau kewarganegaraan hak lahir bermaksud hak kerakyatan sama rata iaitu taraf kerakyatan yang diberi berdasarkan tempat kelahiran tanpa mengira bangsa dan keturunan. 

Perkataan itu diguna pakai dalam bahasa Melayu sepertimana dijelaskan dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga bermaksud hak mendapat kerakyatan di sesebuah negara berdasarkan kelahiran negara itu.

Isu kerakyatan mula timbul di kebanyakan tempat apabila wujud negara yang lebih bersitematik dari segi kuasa pemerintahan dan kerakyatan. Maka untuk menentukan hak seseorang yang mendiami sesuatu tempat atau negara, istilah kerakyatan atau kewarganegaraan menjadi semakin penting.

Selain konsep jus soli, terdapat negara yang mengamalkan kaedah jus sanguinis (hak darah), yakni kewarganegaraan berdasarkan kepada status kewarganegaraan bapa atau ibunya. 


No comments:

Post a Comment