Saturday, 7 March 2020

KETIKA HATI SEDANG GEJOLAK

Ketika hati sedang gejolak, banyakkan bersabar dan mendekatkan diri kepada Allah. Berserahlah kepada-Nya agar perkara yang menyebabkan keadaan hati gejolak itu kembali kepada asal atau menjadi lebih baik. 

Perasaan dalam keadaan gejolak memang menyiksakan. Banyak perkara ingin dilakukan tidak dapat berjalan dengan baik.

Manusia tidak lari daripada berdepan dengan pelbagai ujian hidup. Kemiskinan, penyakit, kegagalan, dan perkara tidak diiingini sering berlaku. Justeru, setiap orang perlu  menguatkan jiwa untuk mengharung segala ujian dengan penuh keimanan dan ketakwaan. 

Sesungguhnya setiap ujian hidup tersedia ganjaran besar untuk mereka yang bersabar dan reda dengan ketentuan Allah. Setiap musibah atau kecelakaan yang menimpa menuntut kesabaran yang tinggi untuk menghadapinya.  Allah menguji setiap hamba-Nya dengan pelbagai musibah.

Allah berfirman bermaksud: “Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.” (Surah al-Anbiya, ayat 35)

Definisi gejolak: nyala api yang besar (berkobar-kobar). bergejolak 1 menyala dengan besar atau dengan hebat (tentang api); berkobar-kobar: Ahli-ahli bomba sedang bertungkus lumus memadamkan api yang gejolak itu. 2 kiasan berasa sangat gelisah, tidak tenang (tentang perasaan); berkobar-kobar; berapi-api; bernyala-nyala (tentang semangat): Semangat perjuangan untuk negara gejolak dalam jiwanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua).

No comments:

Post a Comment