Tugal ialah batang kayu dan lain lain yang
tajam hujungnya untuk melubangi tanah untuk ditanami (padi dan lain-lain).
Padi
tugal, padi yang ditanam di tanah kerin atau padi huma.
Menugal ialah membuat lubang dengan
tugal di ladang dan lain-lain (untuk menanam padi, jagung, dan lain-lain).
Pada masa dahulu aktiviti pertanian untuk membuat
lubang untuk membubuh biji benih banyak dilakukan secara tugal.
Cara ini banyak
dilakukan terutama di kawasan pertanian yang baru dibuka dan pertanian bukit.
Cara tugas mudah dilakukan kerana tidak perlu
membajak atau mencangkul kawasan yang luas. Kawasan baru dibuka biasanya banyak
tunggul dan akar yang sukar untuk dicangkul.
Jadi, cara tugal dengan membuat lubang
kecil dianggap lebih praktikal dan mudah.
No comments:
Post a Comment