Cita-cita
mahu melahirkan generasi ulama dan membantu anak yatim serta golongan kurang
berkemampuan menimba ilmu mendorong Wan Muhammad Mizan Wan Abdul Latif, membuka
sebuah madrasah di Kampung Ketapang, Chendering, Kuala Terengganu.
Madrasah
Tarbiyyah Islamiyyah Darul Hijrah, Kompleks Anak yatim dan Tahfiz Darul Hijrah,
Chendering yang dibangunkan sejak 2013 bersama isteri, Nurul Solehah Ismail
menjadi nadi kepada Wan Muhammad Mizan menggerakkan impian dakwahnya.
Muhammad
Mizan pernah menjawat jawatan korporat bagi membangunkan pusat dakwah di ibu negara
selepas pulang dari Yaman pada tahun 2012. Namun, demi merealisasikan impian mengurus
sendiri pusat dakwah, dia hanya bertahan
selama setahun lebih bertugas di sana.
Bermula
dengan menyewa sebuah rumah di Pengadang Baru yang mampu menempatkan 10 pelajar,
kini madrasah itu mampu menampung kira-kira 200 orang pelajar yang apabila beroperasi
di kawasan tanah pusaka ayahnya seluas setengah ekar di Chendering.
Beliau
yang memegang jawatan sebagai Pengerusi Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Darul
Hijrah, Kompleks Anak yatim dan Tahfiz Darul Hijrah berkata, fokus utama
madrasah itu adalah memberikan pendidikan percuma kepada anak yatim dan orang
miskin.
Walaupun
percuma, beliau begitu menitikberatkan keselesaan pelajar dengan menyediakan
asrama sempurna, bilik kuliah berhawa dingin dan kemudahan lain seperti taman
permainan, kolam renang, dewan dan tempat memanah.
Fasiliti
setaraf institusi pendidikan berbayar itu sebagai usaha menolak persepsi
masyarakat umum yang sering kali memandang pusat tahfiz, madrasah dan rumah
anak yatim sebagai kawasan tidak terurus, kotor dan tidak selesa.
Malah,
makanan pelajar disediakan sebanyak lima kali sehari juga yang berkhasiat,
sedap dan mengikut standard kementerian. Bukan lauk ikan kering yang sering
kali masyarakat gambarkan di tempat-tempat begini.
Bukan
mudah sebenarnya untuk menguruskan rumah anak yatim dan pusat tahfiz yang
seratus peratus milik persendirian tanpa bantuan dari mana-mana pihak.
Sehubungan
itu, Wan Muhammad Mizan mengalu-alukan mana-mana pihak yang sudi menyumbang
kepada pembangunan Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Darul Hijrah, Kompleks Anak
yatim dan Tahfiz Darul Hijrah dengan menghubungi beliau di talian 013-9308482.
Sumbangan
juga boleh disalurkan ke akaun Bank Islam 13017018294771, Maybank
563064141026, Bank Rakyat 110111001781, Bank Muamalat 13010005494717, Cimb Bank
8602738256 atas nama Tahfiz Darul Hijrah.
No comments:
Post a Comment