Firman Allah: "Dan
sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam
al-Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari
dan diejek-ejek, maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga
mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika
kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka." (Surah
an-Nisa, ayat 140).
Kata al-Imam al-Qurtubi
dalam menafsirkan ayat ini: “Ayat ini menjadi dalil wajibnya menjauhi ahli
maksiat apabila jelas kemungkaran mereka. Ini kerana sesiapa yang tidak
menjauhi mereka bererti reda dengan perbuatan mereka”.
Orang bukan Islam bebas
melakukan cara hidup sendiri. Apa yang ditegaskan, jangan orang Islam
terikut-ikut dengan apa dilakukan bukan Islam.
Kebebasan dalam masyarakat berbilang kaum bukan perkara mutlak.
Sikap saling menghormati perlu dijadikan terus dalam hubungan berbilang kaum.
Bukan Islam sedar dan tahu orang Islam haram minum arak dan menu mengandungi
babi, maka mana-mana majlis yang dijemput orang Islam bersama, kedua-dua
hidangan itu mesti dielakkan.
Kedegilan bukan Islam menghidangkan arak dan menu babi dalam
majlis dihadiri orang Islam bukan isu hak kebebasan, tetapi satu provokasi dan
tidak menghormati sensitiviti agama lain.
Untuk bukti kuasa dan kedudukan Islam di sisi Perlembagaan
Persekutuan, orang Islam perlu memulau atau tidak menghadiri mana-mana majlis
yang terang-terang mencabar sensitiviti amalan selalu umat Islam.
Pemimpin Islam perlu tegas dalam soal ini dan tidak terikut-ikut budaya
bukan Islam. Jika, bukan Islam ingin hidup dalam budaya mereka, biarkan perkara
itu diteruskan selagi tidak menyalahi undang-undang, tetapi tindakan perlu diambil
pemimpin Islam ialah tidak menghadiri majlis-majlis yang nyata mengandungi aktiviti
kemaksiatan.
No comments:
Post a Comment