Wednesday, 29 January 2025

ACARA "TITIK MATA" SINGA

 
Rakyat Melaysia didedahkan dengan amalan meraikan budaya berbilang kaum dan agama. Di dalam majlis besar, pemimpin besar diberi penghormatan melaksanan sesuatu ritual, termasuklah acara “titik mata” pada kostum tarian singa.  
 
Tarian singa ini mungkin dilihat sebagai satu tarian tradisional masyarakat Cina tetapi asal usul tarian singa ini masih mempunyai elemen khurafat yang diamalkan sehingga ke hari ini.
 
Acara meletakkan “titik mata” atau “eye-dotting” pada kostum merupakan satu upacara memasukkan roh ke dalam kostum singa itu sebelum singa membuat persembahan.
 
Upacara tersebur dikenali sebagai upacara “buka cahaya” pada tarian singa. Proses “titik mata” ini sebenarnya merupakan satu proses memasukkan roh ke dalam kostum singa itu sebelum singa itu membuat persembahan.
 
Tujuan titik mata singa adalah untuk membawa tuah dan mengelakkan bala menimpa persembahan tarian singa yang diadakan sempena acara perasmian, perayaan dan sebagainya.
 
Adat Menitik Mata Singa merupakan satu adat-istiadat untuk membangkitkan semangat singa, membawa ‘ong’ yang baik, memanggil kemewahan, kesihatan, keharmonian dan kebahagian serta menghalau kejahatan
 
Upacara menitik mata singa adalah ritual penting dalam budaya tarian singa, yang dipercayai ‘membangunkan’ singa yang baharu untuk persembahan dengan selamat.
 
Dalam budaya tarian singa, apabila singa itu baharu, ia memerlukan satu upacara iaitu upacara mencelikkan mata. Singa tersebut dikatakan sedang ‘tidur,’ perlu “dibangunkan” dengan mencelikkan matanya.
 
Selepas ritual ini, baharulah singa itu boleh membuat persembahan.
 
Upacara titik mata ini bermakna singa itu telah dikurniakan tenaga langit dan bumi, dapat menangkis aura jahat dan membawa tuah.

Generasi yang lebih tua percaya bahawa singa yang belum melalui upacara titik mata adalah seperti singa tanpa aura rohani. Dulu, singa begini dikenali sebagai ‘singa buta’, bermakna ia tidak mempunyai aura rohani dan tidak diberkati oleh dewa.
 
Upacara titik mata adalah langkah terakhir sebelum ‘menghidupkan singa. Dakwat merah akan dilukis dari bahagian kepala singa itu dan sepanjang tulang belakangnya hingga ke ekornya yang bertujuan memperkasakannya untuk memenuhi tugasannya bagi membawa tuah, kesihatan, kemakmuran dan perlindungan.

No comments:

Post a Comment