Thursday 24 October 2024

PELAKSANAAN KAMPUNG SOLAR DI PETEMPATAN ORANG ASLI

 
Tokio Marine Life Malaysia, dengan kerjasama Yayasan SOLS, berbangga untuk menyokong projek Kampung Solar, satu usaha memberi tumpuan kepada penyediaan bekalan elektrik yang mampan melalui sistem rumah solar di kampung Orang Asli di seluruh Malaysia.
 
Terbaharu, seramai 26 sukarelawan telah melaksanakan program tersebut di Kampung Jenit, Pahang. Program tersebut dapat membantu Orang Asli suku Jakun mendapat kemudahan tenaga elektrik melalui tenaga boleh diperbaharui.  
 
Para sukarelawan bukan sahaja menjayakan program tersebut untuk manfaat Orang Asli, bahkan mereka mendapat pengalaman melibatkan diri dengan komuniti dan belajar tentang cara hidup mereka.
 
Hasil program tersebut berjaya memasangan sistem rumah solar di 20 isi rumah dan satu dewan.
 
Seramai 66 penduduk kampung Orang Asli mendapat manfaat daripada pemasangan solar ini.

No comments:

Post a Comment