Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE)
yang menghubungkan Gopeng ke Kuala Kangsar akan mula dibina tahun ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad,
berkata Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan pihak pengurusan WISE sudah
memuktamadkan kandungan perjanjian konsesi.
Lebuh raya WISE sepanjang 60 kilometer
dilengkapi tiga lorong dua hala dengan laluannya bermula di Gopeng melalui Batu
Gajah, Siputeh, Manong, Tronoh, Beko, Seri Iskandar, seterusnya Kuala Kangsar.
Lebuh raya berkenaan akan menjadi sebagai
alternatif kepada laluan Terowong Menora di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).
Pembinaan lebuh raya ini dijangka sebagai
solusi bagi mengatasi kesesakan luar biasa yang biasanya terjadi di Terowong
Menora terutamanya apabila berlaku kemalangan dan semasa musim perayaan.
No comments:
Post a Comment