Sunday, 3 September 2023

Pulau Seratus lokasi penggambaran Munajat Kasih

 
Berlatar belakang kawasan kampung yang di hiasi dengan pokok kelapa, jeti dan pasar di tepi sungai, pemilihan Pulau Seratus sebagai lokasi penggambaran Munajat Kasih memang sesuai sekali. Dengan set penggamaran yang direka seakan zaman dahulu memberi pemandangan indah mengimbau kenangan suasana pasar di tepi pantai.
 
Jeti, pasar terbuka, warung dan rumah kecil menghiasi lokasi penggambaran dengan pelakon berbusana atau berpakaian masyarakat dahulu. Memang cantik sekali.
 
Pulau Seratus memang sesuai untuk lokasi penggambaran yang berunsurkan sungai dan suasana kampung. Pulau Seratus adalah salah satu daripada 33 pulau yang terdapat di delta Sungai Kelantan di sebelah jajahan Tumpat.
 
Namun, daripada 33 pulau itu, hanya 13 pulau yang didiami, termasuk Pulau Seratus. Pulau lain yang didiami ialah Pulau Renjuna, Pulau Beluru, Pantai Suri, Pulau Haji Nik Mat dan Pulau Cendor.
Di Pulau Seratus terdapat 37 buah keluarga dengan jumlah penduduk melebihi 130 orang. Untuk ke Pulau Seratus perlu menggunakan bot. Belum ada jambatan yang menghubungkan dari tanah besar.
 
Perkhidmatan bot bermula di Jeti Kuala Besar yang terletak di jajahan Kota Bharu, atau Jeti Kok Majid yang berada di jajahan Tumpat. Selain itu ada juga bot dari Jeti Che Lat, Jeti Medan Ikan Bakar atau terus dari bandar Kota Bharu menyusur Sungai Kelantan.
 
Masa menaiki bot dari Jeti Kok Majid ke Jeti Pulau Seratus mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja. Kalau dari Jeti Kuala Besar kira-kira 15 minit.
 
Pulau Seratus turut tempias mendapat manfaat aktiviti Pasar Terapung Sri Tanjung dan Pasar Terapung Pantai Suri. Ada pasar terapung yang turut berkunjung ke Pulau Seratus secara hiking mahupun menaiki bot melihat keindahan pemandangan kawasan pulau.  
 
Kanak-kanak di Pulau Seratus bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru dan bersekolah menengah di beberapa sekolah menengah di jajahan Tumpat mahupun Kota Bharu. 
 
Suasana di Pulau Seratus damai dengan suasana kampung tanpa kenderaan, kecuali kedengaran enjin bot dan motosikal. 
 
Hubungan sesama penduduk amat harmoni, saling menghormati dan bantu membantu antara satu sama lain. 
 
Penduduk Pulau Seratus mendapat bekalan elektrik sepenuhnya dari TNB dan sumber air bersih dari Syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad. 
 
Liputan internet juga dinikmati penduduk kampung disediakan syarikat telekomunikasi. 
 
Dengan kata lain, penduduk Pulau Seratus tidak tersisih dari segi kemudahan awan, kecuali tidak dihubungi melalui jalan darat dari tanah besar.

No comments:

Post a Comment