Tuesday 27 December 2022

BERTAM SULUR SEJENIS ORKID

 
Bertam sulur sejenis orkid yang mempunyai nilai perubatan yang kurang dikenali. Namun begitu masyarakat Melayu telah lama memanfaatkan bertam sulur sebagai rawatan untuk melancarkan perjalanan darah dalam badan.
 
Perlu diingatkan bertam sulur adalah tidak sama dengan bertam. Bertam adalah dalam kumpulan pokok palma, sedangkan bertam sulur pula daripada kumpulan orkid.

Bertam sulur sejenis herba di atas tanah yang tumbuh secara berumpun. Bunganya berwarna putih dan boleh bertahan hanya beberapa hari sahaja.  
 
Mempunyai batang yang tumbuh secara menegak. Helaian daun berukuran kira-kira 22-27 x 4.5-10 cm dan panjang tangkai daunnya kira-kira 0.5 cm.
 
Mempunyai urat daun utama yang selari kira-kira 7-9 urat. Permukaan bawah daun berbulu agak jarang dan nampak seperti berkarat.
 
Ukuran bunga kira-kira 5-10 cm panjang dan boleh mencapai sehingga 60 kuntum bunga. Ukuran sepal adalah lebih kurang 20-30 x 2-3 mm. Manakala ukuran kelopak bunganya adalah lebih kurang 25-30 x 3-4 mm.
 
Pokok bertam sulur boleh didapati di kawasan hutan pamah hingga ke kawasan berketinggian sehingga 300m dari paras laut. Ia tumbuh di kawasan tanah yang berporos dan kelembapan tanah yang tinggi.


No comments:

Post a Comment