
Kekuatan aura dikaitkan dengan kemampuan dan kejayaan seseorang. Apa itu aura? Mengikut definisi Kamus Dewan Edisi Keempat, aurat bermaksud suasana atau perasaan halus yang menyelubungi diri seseorang atau sesuatu.
Manakala bagi golongan yang mengkaji ilmu aura, aura digelar juga sebagai
gelombang elektromagnetik, jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna
pelangi yang diserap dan tidak kelihatan dalam cahaya nampak tetapi sebenarnya
ia wujud di persekitaran tubuh manusia, haiwan dan tumbuhan yang hidup.
Aura berbentuk seperti sebuah telur raksasa. Aura adalah sebuah medan energi
atau tenaga yang hidup. Setiap sel berbeza tenaga atau frekuensinya untuk
membentuk organ-organ yang berlainan dengan fungsi yang berlainan juga. Sel-sel
itu mempunyai tugas masing-masing.
Organ hanya berfungsi sebagai satu alat yang membentuk sistem seperti ginjal,
perut, pankreas dan sebagainya.
Namun
demikian, yang menggerakkan tenaga (daya hidup) sistem tubuh ialah kerja-kerja
sel yang dikawal oleh kelajuan cahaya pelbagai warna dengan frekuensi tertentu.
Aura adalah gelombang cahaya yang mengandungi medan elektrik yang mempunyai
gerakan tegak dan lurus terhadap rambatan gelombang.
Walau bagaimanapun gerakan cahaya aura ini tidak tetap dan sering berubah-ubah
mengikut keadaan fizikal, suhu tubuh, psikologi, tenaga dan pemakanan
seseorang.
Keadaan
ini menyebabkan cahaya dalaman diri seseorang berkemungkinan menjadi tidak
stabil atau tidak terkutub lalu mengubah keadaan auranya.
Kesimpulannya aura berfungsi sebagai perisai diri kepada manusia dari ditembusi
oleh gelombang-gelombang yang negatif dan yang membahayakan tubuh
manusia.
No comments:
Post a Comment