Sekarang banyak perkataan
‘bingai’ digunakan di media maya. Ia ditujukan kepada kepada pemimpin dan
individu tertentu.
Jika kita
mencari maksud perkataan ‘bingai’ di laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka,
keputusan yang keluar ialah “tiada maklumat tesaurus (buku yang mengandungi
senarai kata seerti dan kata yang berkaitan dengan maknanya, yang disusun
mengikut sistem tertentu) untuk kata ‘bingai’
Namun
dalam carian tersebut memaparkan maksud ‘bingai’ dalam glosari dielek beberapa
negeri.
Dalam
glosari Melaka, kata bingai bermaksud ‘bodoh’. Maksud yang sama juga untuk
glosari dialek Pahang. Manakala glosari dialek Johor pula bermaksud ‘bodoh
sombong’.
Sekarang
sudah tahu maksud pemimpin bingai?
Kalau
hendak buat sesuatu, fikir dahulu. Lojik atau tidak perkara yang hendak diucap
atau dilakukan itu. Jangan sampai orang kata kita ni bingai.
Perkara
yang tidak betul bukan susah nak tahu. Jika ia tidak memberi faedah atau
menyebabkan keburukan, maka itu tandanya tidak betul.
Kalau
kita teruskan juga benda tidak betul, maka layaklah dikatakan bingai.
No comments:
Post a Comment