Sunday, 8 August 2021

LEMPUK DURIAN DIMASAK SEHINGGA LIKAT

Lempuk atau dalam dialek Kelantan disebut ‘lepok’ adalah isi durian yang dimasak dicampur dengan gula dan sedikit garam sehingga pekat.

Untuk membuat lempuk, isi durian ‘diperisi’ atau diasingkan dari bijinya. Ada juga lempuk dihasilkan sekali dengan biji durian.

Ia kemudian dimasak dengan dicampur gula dan sedikit garam. Adunan itu dikacau sehingga likat atau berketul.

Pada masa dahulu, lempuk dimasak di dalam kuali tembaga untuk menghasilkan aroma rasa yang unik. Sudip kayu pula digunakan untuk mengacau adunan tersebut.

Namun, sekarang ini pengusaha atau pembuat lempuk tidak peduli tentang periuk atau keluli yang digunakan. Apa yang penting kerja membuat lempuk menjadi senang dan mudah.

Untuk membuat lempuk dalam kuantiti yang banyak, kawah yang besar akan digunakan.

Mereka menggunakan api dari gas memasak. Malah, lebih memudahkan lagi menggunakan mesin untuk mengacau secara berterusan.  

Cara itu, lebih banyak lempuk dihasilkan dan kualiti serta kebersihan lebih terjamin.

No comments:

Post a Comment