Friday, 2 July 2021

KERETA API DMU DI LALUAN PANTAI TIMUR

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan tren baharu untuk sektor Pantai Timur, unit gandaan disel (diesel multiple unit DMU)

Perkhidmatan kereta api DMU yang merupakan set tren moden empat koc itu dirasmikan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong di Stesen Pasir Mas, Kelantan pada 11 April 2021.

Tren ini lebih laju, senyap dan dilengkapi dengan fasiliti selesa menggantikan tren konvensional menggunakan kepala kereta api (lokomotif) dan gerabak penumpang. 

Dengan kelajuan sehingga 100 kilometer perjam, kereta api ini menggantikan kereta api diesel konvensional bagi perjalanan lebih pantas dan selesa. 

Dilengkapi dengan reka bentuk moden serta tangga boleh laras, DMU Kelas 61 memudahkan penumpang naik dan turun di stesen dengan ketinggian platform yang berbeza.
 
Kerajaan Pusat memperuntukkan RM380 juta untuk membeli 13 buah kereta api DMU, bertujuan meningkatkan kecekapan operasi di laluan yang belum dielektrifikasi.

Perkhidmatan DMU antara bandar masih lagi mengekalkan kadar tambang yang sedia ada.

No comments:

Post a Comment