Saturday, 12 December 2020

DISIPLIN UMAT ISLAM MALAYSIA MENDAPAT PUJIAN

Saya menerima kiriman gambar-gambar suasana Solat Jumaat di Masjid Putra, WP Putrajaya yang tular semalam dan mendapat pujian di media dan masyarakat antarabangsa.

Ia menggambarkan disiplin umat Islam di Malaysia dalam mematuhi Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) yang diputuskan oleh Kerajaan dan Pihak Berkuasa Agama Negeri.

Tahniah saya ucapkan kepada warga Masjid Putra, terutamanya Ustaz Haji Ikmal Zaidi bin Hashim, Imam Besar Masjid Putra dan seluruh jawatankuasa Masjid. Tidak dilupakan kepada petugas-petugas Muslimah yang menyusun kasut dan selipar. Insya-Allah, jika ada masa yang sesuai saya ingin bertemu barisan petugas Muslimah ini.

Masjid dan surau di Malaysia adalah contoh terbaik pematuhan SOP bagi tempat-tempat yang ada perhimpunan awam di seluruh Malaysia. Insya-Allah, masjid dan surau juga adalah tempat yang paling selamat dan bersih. Perkara ini penting bagi menentukan tahap risiko jangkitan COVID-19.

Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

 

No comments:

Post a Comment