Thursday, 19 March 2020

TUKAR PALAM PENCUCUH SPARK PLUG


Palam pencucuh (spark plug) perlu ditukar selepas 20,000 km perjalanan. Jika anda menggunakannya sehingga 30,000 hingga 40,000 km masih tidak menjadi masalah.

Namun, jika melebihi 40,000 km, elektrod di dalam palam pencucuh akan menipis, menyebabkan cucuhan api di dalam silinder enjin tidak lengkap atau lemah.

Keadaan elektrod yang menipis akan memberi kesan kepada enjin kereta akan terasa seperti “semput”, kerana kehilangan kuasa daripada salah satu silinder.

Justeru itu, penukaran palam pencucuh perlu dilakukan apabila penggunaan telah mencapai tahap yang ditetapkan.

No comments:

Post a Comment