Thursday, 19 March 2020

PEMERIKSAAN BERKALA CAKERA BREK KENDERAAN


Anda perlu memeriksa cakera brek (brake disc) serta lapisan cakera brek setiap 15000 km. Anda perlu memeriksa lebih kerap jika brek anda tiba-tiba mula memekik atau mengeluarkan bunyi atau tarik ke satu sisi.

Jika lapisan pad kelihatan menipis hingga hampir pada piring belakang (backing plate), pad perlu diganti. Kadar kehausan ketebalan pelapik brek yang dibenarkan adalah tidak kurang 2 milimeter (mm).

Sekiranya ketebalan pelapik brek kurang 2 mm, hujung klip akan bergesel menyentuh cakera brek dan bunyi akan kedengaran menandakan paras minimum penggunaan pelapik brek dan ia harus ditukar dengan segera.

Jika tidak, pelbagai masalah akan timbul apa yang kita panggil kesan kerosakan kedua. Antaranya cakera brek akan mengalami kesan calar yang sangat banyak, cakera brek akan hangit (terbakar) meninggalkan kesan hitam kebiruan dan ini akan menyebabkan kurang keberkesanan sistem brek.

No comments:

Post a Comment