Orang
yang bersifat hasad (dengki) tidak akan terlepas dari perbuatan
memburuk-burukkan orang lain, berdusta, mencaci dan mengumpat. Orang bersifat
dengki terhalang dari mendapat syafaat.
Sabda
Rasulullah SAW: "Tidaklah termasuk golonganku, si pendengki, orang yang
mengadu domba, orang yang mengamalkan ilmu tenung, dan sayapun tidak dari
golongan mereka." (Hadis riwayat Thabrani)
Pendengki
sanggup berbuat sesuatu yang akan membahayakan orang lain. Allah SWT
menyarankan agar memohon kepadaNya perlindungan dari kejahatan Syaitan dan
kejahatan pendengki.
Firman
Allah SWT bermaksud: "Dan dari kejahatan si pendengki apabila dia mendengki"
(Surah Al Falaq, ayat 5)
Sesiapa
mempunyai sikap dengki bermakna hati telah menjadi buta. Seorang yang hasad
dengki seakan tidak dapat memahami hukum Allah lagi asalkan dia dapat
melaksanakan kedengkiannya seperti tindakan Qabil membunuh Habil.
Berkata
Sufyan: "Janganlah engkau menjadi orang yang pendengki serta cepat
mengambil kesimpulan."
Tanda
adanya hasad dengki dalam diri kita ialah apabila orang lain dapat kejayaan
kita sakit hati dan orang lain dapat bencana kita senang hati. Jiwa sentiasa
rasa menderita dan terseksa.
Bila
wujud hasad dengki dalam diri, akan berlakulah hina menghina, fitnah memfitnah,
benci membenci, dendam-mendendam, jahat sangka dan mengadu domba yang semuanya
akan mendatangkan dosa-dosa dan menghapuskan kebaikan lainnya.
Mungkin
ada sedikit kebaikan yang pernah kita buat, semuanya akan terhapus dengan cepat
umpama api membakar kayu api atau rumput.
Seseorang
yang melayan hasad dengkinya adalah penjahat dan perosak serta pemecah-belah
persaudaraan antara manusia. Juga dia seorang yang paling biadab dengan Allah
SWT.
Sama
ada dia sedar atau tidak, dia benci kepada Allah, serta tidak syukur dan redha
dengan pemberian Allah.
Dalam
sejarah umat Islam yang terdahulu seorang ulama Islam yang besar Imam Abu
Hanifah telah difitnahkan oleh beberapa ulama dizamannya.
Mereka
menaruh hasad dengki kepada beliau kerana ilmunya yang luas dan ramainya anak
murid yang mengikuti pengajiannya.
Fitnah
yang mereka lemparkan keatas beliau hingga pemerentah masa itu telah memasukkan
beliau masuk kedalam penjara.
Tetapi dengan izin Allah, Allah SWT membantu hamba-hamba-Nya yang dianianya dan Abu Hanifah dapat buktikan bahawa segala tuduhan dan tohmahan tersebut adalah fitnah semata-mata dan beliau dibebaskan.
Tetapi dengan izin Allah, Allah SWT membantu hamba-hamba-Nya yang dianianya dan Abu Hanifah dapat buktikan bahawa segala tuduhan dan tohmahan tersebut adalah fitnah semata-mata dan beliau dibebaskan.
Walau
setinggi mana ilmunya, sebanyak mana sekalipun solatnya, puasanya, hajinya dan
hebat perjuangannya tetapi di sisi Allah tetaplah dia ahli Neraka, kerana
hakikat orang yang berhasad dengki itu orang yang biadap dengan Allah.
Kalau
betul kita beriman kepada Allah dan takutkan Neraka, insaflah akan kejahatan
hati-hati kita itu dan marilah kita membaikinya dengan melakukan
mujahadatunnafsi. Lawanlah sungguh-sungguh sifat mazmumah itu.
No comments:
Post a Comment