Pepatah Melayu ada menyebut, ‘Di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan.’ Sememangnya ini menjadi azimat ramai orang
untuk mengejar kejayaan. Hakikatnya, kejayaan
tidak datang bergolek. Ia akan datang dengan usaha keras dan komitmen yang
tinggi.
Malah, sekarang ini juga semakin
jelas, dalam apa jua bidang, pendidikan sahaja tidak mampu menjamin kejayaan
seseorang. malah ada sesetengah mereka yang berjaya dalam hidup tidak pandai
membaca.
Banyak individu hanya berpendidikan
setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi mampu bergelar jutawan selepas
terlibat dalam MLM. Pada permulaan menyertai MLM sekadar menerima ajakan kawan,
dan tidak bermimpi untuk bergelar jutawan dan mampu memiliki kereta mewah.
Namun peringatan kepada yang ingin
menyertai MLM agar tidak terperangkap dengan apa yang sebenarnya ada skim cepat
kaya. Banyak aktiviti cepat kaya berselindung kononnya MLM. Disebabkan kejadian
itu, banyak orang kecewa dan tidak mahu lagi menyertai mana-mana MLM pada masa
akan datang.
Ada juga MLM yang benar dan
mempunyai sistem yang betul. Namun, ada pemimpin atau upline yang bertidak
secara tidak bertanggungjawab. Mereka 'memaksa' downline agar melabur atau
terus membeli barangan dengan jumlah yang banyak semata-mata untuk cepat naik
pangkat atau tingkat bonus besar dengan cepat.
Downline dijanjikan dengan
macam-macam kejayaan sekiranya membeli produk dengan jumlah tertentu. Kerana
tertarik dengan janji, ada yang sanggup membuat pinjaman bank atau koperasi
semata-mata untuk memenuhi jumlah yang diperlukan.
Namun, apa yang diharapkan tidak
tercapai. Mereka menanggung hutang dan gagal mendapat keuntungan yang
diharapkan. Atas alasan inilah banyak yang serik dan tidak mahu menyertai MLM
lagi.
Hakikatnya, untuk menyertai MLM
hanya perlu modal yang kecil iaitu sekitar bawah RM100 untuk sebarang yuran
penyertaan. Ada yang hanya menetapkan RM50 untuk syarat penyertaan dan diberi
pula produk yang bernilai sekitar RM30. Dengan kata lain, yuran penyertaan
hanya RM20.
Untuk berjaya tidak perlukan modal
besar. Yang penting ialah minat dan kesungguhan. Upline akan memberi tunjukajar
atau membuat perancangan bagaimana hendak meningkat maju sehingga ke tahap
tertinggi.
Menyertai MLM mesti serius dan
komited serta bersedia belajar dan bersikap positif untuk mengusahakan
perniagaan ini, anda pasti berjaya, tidak kira anda ini berpendidikan tinggi
atau rendah.
Dalam
MLM, jika anda bersungguh-sungguh dengan kemahuan yang tinggi untuk berjaya,
perniagaan ini sesuai untuk anda.
No comments:
Post a Comment