Sejarah Divisyen Kelima Infantri Malaysia. Divisyen Kelima
Infantri Malaysia (5 Divisyen) merupakan sebuah formasi tempur yang
bertanggungjawab penuh dalam merancang, memerintah, dan mengawal semua operasi
daratan di seluruh negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Slogan rasmi bagi formasi ini ialah "Nerang Separang".
Frasa itu adalah daripada bahasa Sama yang bermaksud "menggempur
bertempur" atau "teguh bersama, gagah berjuangan".
Sebelum wujudnya 5 Divisyen, keselamatan daratan di Sabah
pada asalnya berada di bawah pengawasan saluran pemerintahan 1 Divisyen (yang
berpusat di Sarawak).
Namun, selepas berlakunya insiden pencerobohan Lahad Datu berlaku
pada 11 Februari 2013 hingga 24 Mac 2013, kerajaan menyedari
perlunya sebuah ketumbukan khas yang berpusat terus di Sabah bagi
mempercepatkan tindak balas keselamatan.
Berlanjutan itu, pada 27 Mac 2014, Angkatan Petugas 450 (AT
450) telah ditubuhkan secara rasmi di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu. Pada
awalnya, Markas AT 450 berpusat di Kem Lok Kawi.
Pada 15 April 2015, Markas AT 450 kemudiannya dipindahkan ke
Kem Paradise, Kota Belud bagi memperkemaskan lagi kedudukan taktikal.
Bagi memperkukuh struktur organisasi keselamatan di bawah
Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat, AT 450 telah dinaik taraf
menjadi sebuah divisyen penuh.
Pada 4 September 2019: Divisyen Kelima Infantri Malaysia
dilancarkan secara rasmi bersama-sama dengan penstrukturan semula Briged Ke-13
Infantri (13 Bgd) yang sebelum itu dikenali 13 Briged ESSCom.
Pelancaran ini menyaksikan perubuhan penamaan logistik dan
struktur tempur infantri di Sabah secara menyeluruh.
Bermula penubuhannya, Markas 5 Divisyen ditempatkan di Kem
Lok Kawi, dan Markas 5 Briged pula berpindak ke Kem Paradise.
Di bawah naungannya, terdapat briged-briged utama seperti 5
Briged (Kem Paradise, Kota Belud) dan 13 Briged (Lahad Datu).
Pasukan infantri di bawah Markas 5 Divisyen ialah Batalion
Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja (3 RAMD di Kem Lok Kawi, 7 RAMD di Kem
Kabota, Tawau, 22 RAMD di Kem Kinabatangan, Sandakan dan 26 RAMD di Kem
Kukusan, Tawau.
Bagi mendepani ancaman moden, ketumbukan 5 Divisyen tidak
lagi hanya bergantung kepada infantri ringan (berjalan kaki), sebaliknya telah
diperkasakan dengan elemen tempur berat:
Justeru, kekuatan tempur 5 Divisyen turut diperkuatkan
dengan aset mekanise daripada Batalion Ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja (19
RAMD) (Mek) di Sandakan dan 12 RAMD (Mek) di Lahad Datu. Turut menyokong
kekuatan tempur ialah 1 Skuadron Armor di Kota Belud.
Selain itu, kekuatan tempur turut diperkuatkan oleh elemen
artileri melalui Rejimen Keenam Artileri Diraja (6 RAD) yang berpangkalan di
Kem Lok Kawi, serta Detasmen Helikopter Pemerhati Ringan (LOH) di Sandakan.


No comments:
Post a Comment