Sunday 24 December 2017

Malaysia bakal pengeluar kurma

Isu pokok kurma berbuah di Kota Bharu pernah menggemparkan negara. Namun, buahnya tidak sempat masak dan lepas itu tidak lagi ada khbar mengenai pokok kurma itu.

Umat Islam di Malaysia sangat dekat dengan kurma. Ia dikaitkan dengan makanan sunah. Pada setiap Ramadan, kurma menjadi belian wajib setiap keluarga di Malaysia. Macam tidak sah berbuka puasa tanpa kurama.

Begitu juga setiap orang pulang dari Makkah sama ada mengerjakan haji mahupun umrah, pasti membawa pulang kurma sebagai buah tangan kepada sanak saudara dan rakan taulan.

Kurma sinonim produk ditanam di negara Arab. Namun, kini kurma semakin polular di Thailand dan Australia. Kedua-duanya bukan negara Islam.

Persoalannya, adakah kurma sesuai ditanam di Malaysia. Kedudukan Malaysia dengan Thailand tidak jauh beza dari segi iklim.

Thailand dahulunya bukan sesuai ditanam kurma, kini bakal menjadi pengeluar kurma dalam skala yang besar. Makanya, mengapa Malaysia tidak berusaha sama seperti dilakukan Thailand.

Kerajaan Kelantan pernah mengiystiharkan bakal menjadi koridor kurma, tetapi senyap tanpa khabar perkembangannya.

Thursday 21 December 2017

PUNCA JADI BESAR KEMALUAN

Besar kemaluan. Kalau tersebut di khalayak ramai, pasti besar kemaluan individu menyebut perkataan itu. Memang secara umum, apabila disebut besar kemaluan, bermakna besar alat kelamin. Kita sepatutnya tidak dalam keadaan besar kemaluan jika memang mempunyai niat menyampaikan maksud yang betul mengenainya.

Perkataan 'kemaluan' bukan sahaja membawa maksud alat kelamin. Perkataan kemaluan juga bermaksud 'dalam keadaan malu', 'berasa malu' atau 'sesuatu yang memalukan'.

Jadi, jika disebut besar kemaluan bermaksud 'dalam keadaan malu yang amat sangat'. Maka, apa salah dan besar kemaluan jika menyebut perkataan besar kemaluan?

Mengapa kita memberi konotasi buruk kepada perkataan besar kemaluan?

Biasa-biasakan menggunakan perkataan besar kemaluan untuk menyatakan berasa malu yang amat sangat atau sesuatu yang memalukan.