Monday 23 May 2016

Serondeng rasa sedap pilihan ramai

Serondeng merupakan sejenis masakan daripada siatan daging, ayam, ikan dan sebagainya yang dimasak bersama santan dan rempah-rempah sehingga kering, dan kadangkala berminyak agar tahan lama.

Serondeng dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul garing atau kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama. Serondeng atau dalam dialek Kelantan dipanggil 'sambal' yang dimasak kering boleh disimpan lama hingga satu tahun.

Selain dimakan bersama nasi sebagai 'perisa', serondeng juga dijadikan inti untuk beberapa jenis kuih, terutamanya ketupat bucu atau ketupat palas. Selain itu ia juga dicampurkan ke dalam bubur, oak dan makanan dalam bentuk cair atau lembik. 

Di Kelantan, antara lokasi penghasilan serondeng terkenal ialah di Kampung Kubur Maras, Kota Bharu dan Kampung Laut Tumpat. 

Selain itu terdapat juga pengusaha serondeng di Machang dan Pasir Mas yang tidak kurang juga terkenal menghasilkan serondeng terbaik.

Setiap pengusaha serondeng memang ada resipi masing-masing. Namun, tidak banyak beza antara satu sama lain. 

Selain, menggunakan ramuan berbeza, satu lagi ciri perbezaan serondeng ialah sama ada ia dalam keadaan garing, kering atau lembab. 

Serondeng garing adalah kering sepenuhnya. Teksturnya seakan-akan hancur. Boleh disimpan lebih lama.

Serondeng kering tidaklah kering sepenuhnya. Masih ada kelembapan dan teksturnya agak lembut. Boleh disimpan melebihi setahun. 

Manakala serondeng lembab dalam keadaan berminyak. Teksturnya agak lembut. Boleh disimpan selama 10 bulan.  

Ketiga-tiga jenis ada peminat mengikut cita rasa masing-masing. Sesuai untuk dimakan dengan nasi, dijadikan inti kuih mahupun dicampur dalam makanan jenis bubur.

Gingko biloba tingkat keupayaan minda

Gingko biloba atau ada juga menyebutnya ginkgo biloba adalah sejenis tumbuhan yang didapati daripada pokok gingko.  

Para saintis telah menemui dalam ginkgo dua unsur kimia yang bertindak sebagai ubat iaitu flavonoid dan terpenoid.

Flavonoid adalah antioksidan berasaskan tumbuhan. Kajian makmal menunjukkan bahawa flavonoid melindungi saraf, otot jantung, saluran darah dan retina daripada kerosakan.

Terpenoid pula memperbaiki aliran darah dengan mengembangkan saluran darah dan mengurangkan kelekitan platlet.

Oleh itu ramai yang mengambil produk gingko percaya bahawa ia boleh meningkatkan daya ingatan, menajamkan pemikiran dan juga mengatasi masalah peredaran darah.

Kebaikan gingko biloba:
- Memperbaiki pengaliran darah.
- Meningkatkan prestasi otak.
- Mengubati sakit kepala dan migrain.
- Mengubati masalah kemurungan.
- Merawat penyakit asma.
- Merawat tinitus (masalah pendengaran).
- Merawat glaucoma (masalah penglihatan).
- Membaiki peredaran darah.
- Meningkatkan kesihatan jantung.
- Memberi perlindungan kepada pusat memori.
- Antikanser

Ketahui khasiat terkandung dalam pokok gingko:

1. Minda
Gingko sering dianggap sebagai perangsang minda di mana ia dikatakan berkesan untuk merawat dementia atau nyanyuk dalam kalangan warga tua.

Saintis berpendapat, gingko dapat mengembangkan saluran darah sekaligus membantu pengaliran darah ke otak dan bertindak sebagai antioksida. 

Bahan utama dalam gingko seperti flavanoid dan terpenoid adalah agen penting yang dapat menghalang kerosakan sel otak yang menyebabkan penyakit Alzhaimer serta penyakit lain berkaitan otak.

2. Membaiki pengaliran darah
Oleh kerana dipercayai gingko boleh memperbaiki aliran darah, kajian telah dilakukan kepada pesakit yang mempunyai masalah kurang aliran darah ke kaki. Mereka yang mempunyai masalah ini menghadapi kesukaran untuk berjalan dan berasa sakit ketika berjalan. 

Analisa daripada lapan kajian menunjukkan bahawa individu yang mengambil gingko cenderung untuk berjalan kira-kira 34 meter lebih jauh daripada mereka yang mengambil penawar.

Bagaimanapun, senaman dan latihan berjalan menunjukkan keputusan yang lebih baik daripada gingko dalam meningkatkan jarak berjalan kaki.

3. Mata
Flavonoid yang dijumpai dalam ginkgo juga dipercayai boleh membantu memberhentikan atau mengurangkan beberapa masalah berkaitan retina, iaitu bahagian belakang mata.

Degenerasi makula yang berkaitan dengan faktor usia adalah penyakit mata yang memberi kesan kepada retina dan boleh menyebabkan buta. 

Terdapat beberapa kajian yang mencadangkan bahawa gingko boleh membantu mengekalkan penglihatan bagi mereka yang mempunyai masalah degenerasi makula ini.

Melihat kepada hasil beberapa kajian, kegunaan gingko memberi harapan baharu bagi individu yang mempunyai masalah degenerasi makula untuk mengatasi masalah penglihatan mereka.

4. Sakit kepala dan migrain
Menurut ilmu perubatan Cina purba, gingko adalah bahan popular untuk merawat sakit kepala dan migrain. Ini kerana gingko mempunyai kesan antiradang dan antioksida.

Malahan, ia dikatakan berkesan untuk sesiapa yang mengalami sakit kepala disebabkan stres melampau kerana puncanya adalah pengaliran darah yang tidak lancar.

Gingko berkemampuan mengembangkan saluran darah yang tersekat, sekali gus mengurangkan sakit kepala anda. 

5. Merawat penyakit asma
Beberapa kajian mendapati gingko mampu merawat simpton penyakit asma dan kesukaran bernafas.

Tumbuhan yang mempunyai bahan antiradang ini dapat mengurangkan keradangan saluran darah dan meningkatkan kapasiti jantung.

Sunday 22 May 2016

Tawas atasi masalah bau badan


Tawas adalah kelompok garam berhidrat berupa kristal sebagai bahan yang mampu menghilangkan masalah bau badan secara alami.

Antara kegunaan tawas ialah;
- Untuk mengatasi masalah bau badan, terutama bawah ketiak.
- Mencerahkan kulit bawah ketiak dan celah paha.
- Melembutkan bahagian bawah ketiak dan celah paha.
- Menghilangkan bulu-bulu halus di badan.
- Mengurangkan rasa gata di bahagian badan.
- Antibakteria

Penggunaan tawas bukannya terus kerkesan 100 peratus. Kalau hendak mencerah kulit bawah ketiak dan melembutnya, perlu mengambil masa. Ia perlu diguna secara berterusan.

Namun tidak sukar untuk diamalkan. Niat untuk mencerahkan dan menghaluskan kulit bawah ketiak sebenar dilakukan bersama-sama tujuan untuk mengatasi masalah bau ketiak dan badan yang tidak menyenangkan.

Begitu juga untuk mengurangkan bulu ketiak, dapat dilakukan untuk tujuan menghilangkan bau badan, menghaluskan dan memutihkan bawah ketiak dan menghapuskan bakteria.

Jadi, ia memberi kesan berganda untuk pelbagai tujuan.

Cara penggunaan:
Tawas ketul digunakan dengan cara membersihkan kawasan yang ingin ‘dirawat’ atau membasahkan. Sebab itu, sesuai diamalkan selepas mandi. Tidak perlu lapkan kawasan yang ingin disapukan tawas. Basahkan tawas dan terus disapukan kepada bahagian berkenaan. Biarpun ia kering dengan sendiri.

Khasiat kurma, kawal paras gula darah

Kurma dikenali sebagai buah universal yang sesuai dimakan oleh semua peringkat umur dan bila-bila masa. Kurma kaya dengan nutrisi yang baik untuk tubuh, malah ia mengandungi lebih banyak kalori dan karbohidrat.

Ia juga mengandungi vitamin, mineral dan serat serta antioksidan yang dapat menjauhkan anda daripada pelbagai penyakit berbahaya.

Sebab itu, amalan makan kurma perlu dilakukan sepanjang tahun dan bukannya hanya ketika berbuka puasa sahaja.

Seperti mana juga buah-buahan lain, kurma mempunyai banyak jenis.

Antara jenis kurma yang terkenal ialah kurma mariami.

Buah kurma maryami juga dikenali kurma piarom atau kurma coklat. Kurma mariami salah satu jenis kurma semi-kering yang paling lazat dan kaya khasiat.

Kurma mariami mempunyai rasa dan rupa yang unik dan dianggap kurma terbaik kerana pengeluaran mereka ekslusif di Hajiabad, Iran dalam persekitaran organik dan bersih.

Kurma mariami adalah kurma panjang, kurus, berbentuk bujur, dengan kulit nipis dan berwarna hampir hitam. 

Kurma maryami dapat disimpan selama 18 bulan. 

Kurma mariami mengandungi nutrien penting seperti vitamin (A, B, C dan E), mineral, zat besi, potasium, magnesium, mangan, protein, serat, karbohidrat dan gula ringkas. 

Sumber serat yang besar, menggalakkan kesihatan pencernaan, dan juga telah didapati mampu membantu mencegah kanser tertentu seperti kanser kolon dan kanser perut. 

Kadar potasium yang tinggi dapat membantu menjaga tekanan darah yang sihat dan kadar magnesium yang tinggi bermanfaat untuk otot dan saraf. Kurma maryami sangat baik untuk lelaki. 

Mengikut hasil kajian ahli sains Mesir pula, khasiat kurma terbukti membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencergaskan minda serta membantu tumbesaran kanak-kanak.

Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah, menghindari penyakit barah, merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

Rasulullah SAW gemar makan kurma atau mengutamakan memakan kurma berbandinga makanan lain.

Hadis riwayat Ahmad bermaksud: "Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air."

Dari Ibnu Qayyim dalam Tib An Nabawi, Nabi SAW berkata: "Kurma dapat menguatkan perut, hati, ingatan, untuk mengembangkan pembangunan badan, menyembuhkan penyakit dan bertindak sebagai makanan dan minuman."

Kurma sarat dengan serat yang tinggi, gula semulajadi, vitamin (A, B-Kompleks, dan lain-lain), asid amino dan mineral (kalium, kalsium, magnesium, dan lain-lain) yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan dan prestasi puncak kedua-dua minda serta badan.

Satu kajian mendapati, khasiat kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi.

Khasiat kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Dapatan kajian juga menyatakan kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan.

Di samping itu, kurma dapat menambahkan tenaga seksual.

Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak.

Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. 

Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. 

Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Pengambilan kurma sebanyak 65 gram atau lima biji sehari akan membekalkan 40mg kalium yang boleh mengurangkan 40% risiko serangan penyakit strok.

Kandungan kalium ini membantu menurunkan tekanan darah dan membekalkan tenaga untuk mencegah strok secara langsung.

Khasiat kurma:
- Membekalkan tenaga.
- Menurunkan tekanan darah.
- Mencegah angin ahmar.
- Melancarkan perjalanan darah.
- Mencerdaskan minda.
- Menguatkan urat rahim semasa proses kelahiran.
- Membantu memudahkan kelahiran bayi.
- Menghindar penyakit barah.
- Membantu proses penghadaman.
- Mencegah lemah otot.
- Mengurangkan sengal-sengal badan,
- Mencegah barah urus.
- Menambahkan tenaga seksual.
- Membantu proses tumbesaran.
- Menurunkan paras kolestrol dalam darah.
- Meningkatkan kesihatan jantung.
- Antivirus.
- Mengawal paras gula.
- Menguatkan tulang dan gigi.
- Antioksidan.
- Mencegah keradangan.

Tuesday 3 May 2016

Banyak orang tidak tahu khasiat guarana

Guarana adalah sejenis tumbuhan memanjat atau menjalar di dahan tinggi pokok besar yang banyak di negara Amerika Selatan. 

Buah guarana mempunyai nilai khasiat yang tinggi. Guarana kaya dengan guaranin, asid amino, bahan galian, vitamin, karbohidrat, tannin dan theine.

Semua ini membantu penyerapan oleh tisu badan dan pengawetan kemudaan. Ia sesuai bagi sesiapa sahaja, tanpa mengira jantina atau umur.

Tambahan pula, ia mudah diserap oleh badan manusia dan dengan itu menjadi makanan kesihatan yang dapat bertindak pantas.

Guarana mampu menambahkan kesuburan di kalangan pasangan yang berkahwin.

Untuk ibu-ibu yang mengandung, guarana dapat mengurangkan mabuk hamil dan menambahkan kandungan hemoglobin dalam darah, berfaedah untuk memastikan jumlah oksigen yang mencukupi dibekalkan kepada janin.

Kepada ibu dalam pantang selepas bersalin, guarana bertindak sebagai penggalak tenaga dan mempercepatkan pembaikan tisu selepas bersalin dan mengecutkan semula rahim.

Guarana juga membantu mengawal pusingan haid dar mengurangkan ketidakselesaan semasa haid seperti pening kepala, kekejangan perut, loya, penahanan air dalam badan, bengkak dan lain-lain lagi.

Khasiat Guarana:
- Meningkatkan dan menambah tenaga seksual lelaki dan perempuan.
- Mengembangkan saluran darah.
- Melancarkan pembuangan air besar dan kecil.
- Mengurangkan rasa mengantuk.
- Mengurangkan sakit kepala. 
- Meredakan demam.
- Agen awet muda.
- Menurunkan berat badan.
- Menguatkan fungsi sistem saraf.
- Membersihkan sistem.
- Merangsangkan kegiatan otak.
- Menguatkan daya ingatan. 

Friday 1 April 2016

Khasiat minyak sacha inchi kaya omega

Kencing manis, darah tinggi, masalah jantung dan sakit-sakit sendi adalah masalah yang lazim dihadapi kebanyakan warga Malaysia yang berumur lebih 35 tahun.

Begitu juga dengan masalah daya ingatan yang lemah, mudah lupa, penglihatan yang kabur, masalah berat badan berlebihan dan hilang keremajaan dari segi kecantikan kulit, rambut dan kuku kerap berlaku.

Keadaan ini berlaku disebabkan pengurangan peratusan jumlah omega lengkap dalam tubuh. Justeru, pengambilan omega perlu ditingkatkan untuk mengatasi masalah berkaitan dan menjadikan badan lebih sihat serta minda lebih cerdas.

Sumber omega banyak didapati dari tumbuhan dan ikan. Terdapat satu jenis tumbuhan yang digelar raja omega disebabkan mempunyai kandungan omega yang tinggi ialah pokok sacha inchi yang mana sumber omeganya banyak diperoleh dari bijinya.

Sacha inchi terkenal sebagai sumber pemangkin untuk meningkatkan metabolisma dalam kesihatan dan dianugerahkan sebagai salah satu sumber makanan terbaik. 

Pokok sacha inchi digelar sebagai ‘raja omega’ kerana kandungan omega lebih tinggi berbanding dengan sumber omega lain. Minyak sacha inchi yang diperoleh dari biji buahnya memiliki kandungan Omega-3 sebanyak 17 kali lebih tinggi dari ikan salmon.

Kebaikan sacha inchi:
- Mencegah dan melawan sel-sel kanser
- Mengurangi risiko serangan jantung
- Menurunkan kolesterol secara semula jadi
-. Menstabilkan tekanan darah
- Mengurangi risiko strok
- Menurunkan risiko diabetes
- Mengawal kadar gula darah
- Memperlambat penuaan wajah
- Mempertahankan kekenyalan kulit
- Mengatasi masalah pencernaan
- Memperlancar buang air besar
- Mengurangi rasa sakit dan peradangan di seluruh tubuh
- Membantu menurunkan berat badan
- Menguatkan ingatan
- Membantu perkembangan fungsi otak
- Mengurangi gejala menopouse
- Memperbaiki metabolisme tubuh
- Meningkatkan pembakaran lemak
- Mencegah dan membantu memulihkan depresi
- Bermanfaat untuk radang sendi
- Meningkatkan penglihatan
- Meningkatkan kesuburan
- Memperkuat sistem kekebalan tubuh
- Membantu mencegah pelbagai penyakit.